Carrot Cake Sukatan Guna Cawan & Sudu. Resepi Mudah, Gerenti Jadi

Carrot Cake Sukatan Guna Cawan & Sudu. Resepi Mudah, Gerenti Jadi

Bagi penggemar Carrot cake @ Kek Lobak Merah pastinya akan suka dengan resepi yang dikongsi oleh saudari Surina Abadi ni. Sangat mudah malah bahan-bahannya juga senang nak disediakan. Sukat cawan dan sudu je.

Carrot Cake Sukatan Guna Cawan & Sudu. Resepi Mudah, Gerenti Jadi


Kalau beli, sekeping sudah berbelas ringgit. Jom buat sendiri. Memang boleh makan puas-puas. Rasa pun sedap tau. Selamat mencuba!

BACA JUGA:Kek Mini Red Velvet Coklat Moist. Satu Adunan Dapat Banyak Biji, Berbaloi Sangat!

RESEPI CARROT CAKE / KEK LOBAK MERAH CHEESE


BAHAN A:

  • 4 biji telur
  • 1 cawan brown sugar / gula perang
  • 1 sudu makan ovallete
  • 1 cawan minyak

BAHAN B:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis

BAHAN C:

  • Kacang walnut – bakar sekejap dan tumbuk kasar
  • 2 cawan parutan lobak merah
  • Kacang gajus bakar secukupnya

BAHAN HIASAN:

  • 250gm krim keju
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1/2 buku mentega @ buttercup
  • 2 sudu makan gula icing


CARA MEMASAK:

1. Untuk bahan A, satukan telur, gula perang dan ovalette. Pukul hingga kembang. Kemudian masukkan minyak. Pukul lagi hingga sebati.

2. Ayak dulu Bahan B. Kemudian campurkan bahan B ke dalam bahan A. Pukul seketika.

3. Masukkan walnut, lobak merah dan kacang gajus. Gaul hingga sebati dan tuang adunan kek ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dioles dengan mentega.

4. Bakar kek pada suhu 160C selama 1 jam 20 minit atau sehingga kek masak menggunakan api atas bawah.

5. Bila kek telah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dihias dengan krim keju.

6. Untuk menyediakan krim hiasan, satukan semua bahan dan pukul hingga kembang. Hias pada kek setelah kek sejuk sepenuhnya.

Sumber: Surina Abadi Via Rasa




Sumber -Rencah Rasa.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post