Kek Mini Red Velvet Coklat Moist. Satu Adunan Dapat Banyak Biji, Berbaloi Sangat!

Kek Mini Red Velvet Coklat Moist. Satu Adunan Dapat Banyak Biji, Berbaloi Sangat!

Sebenarnya banyak resepi mudah boleh disediakan untuk anak-anak. Cuma rajin atau tak sahaja untuk membuatnya. Jika mama ada kelapangan boleh cuba menu Red Velvet Coklat Moist.

Kek Mini Red Velvet Coklat Moist. Satu Adunan Dapat Banyak Biji, Berbaloi Sangat!


Hanya guna pengukus dah boleh dapat kek mini gebu dan cara buatnya pun tak perlu guna mixer. Semua bahan blender sahaja. Berikut reseipi daripada Puan Nurul Hairi yang boleh mama buat untuk hidangan seisi keluarga.

BACA JUGA:Muffin Pisang Chocolate Chip Mudah Dan Sedap



Red Velvet Coklat Moist Mini

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan minyak masak*
  • 3 biji telur*
  • 1 cawan susu cair*
  • 1 cawan susu pekat manis*
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1 sudu kecil soda birkarbonat
  • 1 cawan gula* (Kemanisan ikut selera anda ye. Rasa tawar tambah lagi gula, rasa manis kurangkn gula)
  • Serbuk koko secukupnya
  • Red Velvet emulco secukupnya
  • Chocolate Emulco secukupnya
  • Sedikit garam
  • Sedikit esen vanilla*


Cara-Caranya:

1. Blenderkan semua bahan bertanda*

2. Kemudian ayak tepung gandum bersama baking powder dan baking soda dalam besen

3. Setelah itu, masukkan bahan yang kita dah blenderkan tadi ke dalam besen tepung gandum. Kacau mesra.


4. Bahagikan 2 bahagian sama rata adunan tadi ke dalam 2 besen berasingan

5. Masukkan 1 bahagian 3 sudu makan serbuk koko dan coklat emulco


6. Masukkan bahagian 1 lagi ke dalam besen lain. Masukkan red velvet chocolate dan sedikit coklat emulco

7. Sapukan minyak masak pada acuan

8. Pasang api dan panaskan kukusan. Setelah itu, masukkan kek dan tunggu sampai kek masak.


Boleh tabur coklat urai atau apa saja hiasan ikut citarasa masing-masing. Pasti anak-anak suka!

Kredit: Puan Nurul Hairi Via PaMa




Sumber -Rencah Rasa.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post