Menu Cheesekut Coklat Nestum Yang Mudah, Hanya Masuk Peti Sejuk Saja

Menu Cheesekut Coklat Nestum Yang Mudah, Hanya Masuk Peti Sejuk Saja

Kadang-kadang bila nak memikir idea tentang dessert atau makan petang ni, boleh pecah kepala.

Menu Cheesekut Coklat Nestum Yang Mudah, Hanya Masuk Peti Sejuk Saja


Nah, tidak perlu nak susah-susah. Boleh buat saja menu mudah ini, Cheesekut Coklat Nestum hasil perkongsian saudari Izanizawati Ismail.

BACA JUGA:Jom Buat Bebola Cheese, Tak Perlu Bakar Pun. Cuma Kisar Biskut Marie, Gaul & Sejukkan

Hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah, dah tersedia hidangan makan petang yang sedap!

CHEESEKUT COKLAT NESTUM


BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket Cream Craker HupSeng (boleh juga guna deluxe cracker)
  • 250gm cream cheese
  • 1 peket Nestum original
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan krimer manis coklat SAJI
  • 1/2 cawan gula kastor (lebihkan jika suka manis)
  • 1 sudu kecil esen vanilla



CARA-CARA:

1. Pukul cream cheese, krimer manis coklat SAJI, gula castor dan esen vanila hingga kembang.

2. Masukkan 3 sudu besar serbuk koko yang diayak terlebih dahulu dan pukul hingga sebati.


3. Masukkan 3 sudu besar susu cair dan kacau guna spatula (susu cair dimasukkan kerana adunan cream cheese sedikit kental kerana ditambah serbuk koko. Lebihkan susu cair jika suka cheese meleleh-leleh)


4. Panaskan susu cair dan tambah 2 sudu besar serbuk koko (supaya serbuk koko senang larut). Tapis jika perlu dan sejukkan sebentar.


5. Tuangkan susu cair tadi dalam bekas supaya senang untuk dicelup. Celup biskut satu persatu dan susun dalam loyang. Sudukan 4 sudu besar cream cheese dan ratakan. Taburkan nestum secukupnya. Ulang langkah hingga habis.


6. Sejukkan dalam peti ais semalaman sebelum dipotong.

Sumber: Izanizawati Ismail Via Rasa




Sumber -Rencah Rasa.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post