Daun Pokok Kunyit Kuning & Kering, Guna Tip Ini Untuk Rawat Supaya Kembali Hijau & Subur

Daun Pokok Kunyit Kuning & Kering, Guna Tip Ini Untuk Rawat Supaya Kembali Hijau & Subur

Pokok kunyit antara yang selalu ditanam di rumah. Daun dan isinya memang selalu kita guna dalam masakan. Sebab itu berbaloi menanamnya.

Daun Pokok Kunyit Kuning & Kering, Guna Tip Ini Untuk Rawat Supaya Kembali Hijau & Subur


Tapi satu masalah biasa bila menanam pokok kunyit ini adalah daunnya jadi kekuningan dan kering.

BACA JUGA:Teknik Mudah & Cepat Untuk Biakkan Pokok Kesum, Dari Sepokok Jadi Berpasu-Pasu



Sayang pula bila daun pokok yang dah lebar tiba-tiba jadi begitu. Antara cara yang boleh dipraktikkan sekiranya berlaku pada pokok kunyit yang ditanam.

1. Alihkan pokok kunyit, elak letak di tempat panas terik. Pokok kunyit memang perlu ditanam di tempat panas tapi sedikit terlindung.

2. Potong daun yang kekuningan dan kering, supaya keluar daun baru

3. Siram dua kali sehari, daun jadi kering kerana kurang siraman.

4. Gemburkan tanah agar jangan terlalu padat agar ada pengudaraan dan saliran yang baik untuk kekalkan kelembapan.



5. Pokok kunyit juga perlu dibaja, boleh guna baja organik.


Daun pokok kunyit yang subur hasil siraman air basuhan beras. Foto Facebook Ayu Hidayu6. Boleh juga gunakan petua siram dengan air basuhan beras supaya daun pokok kunyit subur.

7. Jika pokok kunyit sudah matang dan daun menguning ia mungkin petanda perlu dialih ke bekas yang lebih besar atau dituai. Kunyit boleh dituai selepas 9 bulan ditanam.

Tip ekstra

Jika daun kunyit diserang serangga, buat bancuhan ini;  kisar cili, bawang putih dan halia. Kemudian tapis dan ambil airnya. Sembur pada tanaman untuk elak serangga.

Tip dan petua ini dikongsi oleh netizen dari Facebook Kebun D Rumah




Sumber -Vanilla Kismis.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post