‘First Time’ Makan Sedap Sangat, Wanita Kongsi Resepi Ikan Siakap Masak Asam Jawa Ala Thai

‘First Time’ Makan Sedap Sangat, Wanita Kongsi Resepi Ikan Siakap Masak Asam Jawa Ala Thai

Ada ikan siakap tapi tak tahu nak masak apa? Bosan juga asyik masak ikan siakap 3 rasa kan. Jom cuba masak Ikan Siakap Masak Asam Jawa ala Thai ni pula.

‘First Time’ Makan Sedap Sangat, Wanita Kongsi Resepi Ikan Siakap Masak Asam Jawa Ala Thai


Sekali cuba pasti akan jatuh cinta sebab rasa dia sedap sangat! Perkongsian resepi di bawah telah dikongsi oleh Puan Suhana Mohd Khalid.

BACA JUGA:“Guna Sardin Tin Je”, Wanita Ini Dedah Resepi Asam Laksa Yang Paling Kaw & Sangat Mudah!

Menurutnya, menu tersebut pertama kali dicuba ketika di Langkawi. Bila balik rumah, sampai teringat-ingat sebab terlampau sedap. Jom kita sama-sama cuba buat nanti ya!

RESEPI IKAN SIAKAP MASAK ASAM JAWA ALA THAI


Bahan-Bahan Tumis:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cili padi
  • Sos tiram
  • Sos tomato
  • Gula melaka
  • Tomato
  • Air asam jawa secukupnya
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa


Cara-cara Membuatnya:


  1. Lumurkan kunyit, garam dan tepung jagung pada ikan. Goreng sehingga masak dan garing. Angkat dan ketepikan sementara membuat kuahnya.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi.
  3. Tambah sos tiram, sos tomato, gula melaka dan tomato.
  4. Masukkan juga air asam jawa secukupnya.
  5. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  6. Sedia untuk dicurahkan ke atas ikan.


Mudah je kan caranya? Nanti kita cuba masak sama-sama ya. Confirm suami dan anak-anak suka! Selamat mencuba.

Kredit: Suhana Mohd Khalid Via Myresipi




Sumber -Rencah Rasa.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post