Jom Buat Bebola Cheese, Tak Perlu Bakar Pun. Cuma Kisar Biskut Marie, Gaul & Sejukkan

Jom Buat Bebola Cheese, Tak Perlu Bakar Pun. Cuma Kisar Biskut Marie, Gaul & Sejukkan

Resepi bebola cheese ini merupakan hasil perkongsian oleh Iedaa Jahaya. Nampak macam coklat Ferrero Rocher yang mahal tu, tapi ini versi jimat!

Jom Buat Bebola Cheese, Tak Perlu Bakar Pun. Cuma Kisar Biskut Marie, Gaul & Sejukkan


Bahan utamanya cuma biskut marie, coklat masakan dan cream cheese. Cara membuatnya juga sangat mudah. Hanya perlu kisar, gaul dan sejukkan tanpa bakar.

BACA JUGA:Resepi Biskut Makmur Susu ‘Gebu’ Guna Sukatan Cawan, Sedap Cair Di Mulut!

Nak cuba? Lihat cara membuatnya di bawah.

CARA BUAT BEBOLA CHEESE GUNA BISKUT MARIE

Bahan-Bahan:

  • 1 paket biskut marie (perisa coklat atau asli)
  • 250g cheese tatura
  • Gula ising (letak jika nak lebih manis)
  • Coklat masakan
  • Badam (panggang sekejap)

Cara-Cara:

1. Kisar halus biskut marie.


2. Gaul bersama cheese tatura sehingga rata.


3. Kemudian bulat-bulatkan.





4. Cairkan coklat masakan menggunakan teknik double boil.


5. Golek-golekkan bebola dalam coklat yang sudah dicairkan. Taburkan juga badam panggang.


6. Sejukkan dan sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!


Kredit: Iedaaa Jahaya Via Myresipi




Sumber -Rencah Rasa.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post