Jom cuba jejari roti bersalut tepung ni. Sekali pandang nampak macam kentang, tapi guna roti buku je! Kalau sayang roti dah nak tamat tempoh tapi banyak lagi, boleh cuba resepi ini pula.
BACA JUGA:Cara Buat Churros Yang Rangup Di Luar, Gebu Di Dalam. ‘Confirm’ Lembut Sampai Esok!
Sangat sedap dicicah bersama sos cili dan hirup milo atau teh panas. Fuhh!
Mungkin ada yang pelik dan tak pernah rasa. Tapi sekali korang cuba mesti suka. Sebab rangup macam makan keropok je rasanya. Bila guna tepung bestari ni rangup dia memang lain macam.
Resepi ini masih lagi trending walaupun zaman PKP dah lama berlalu. Jom ikuti resepi dari perkongsian Yusreena Said Yusz.
RESEPI JEJARI ROTI BERSALUT TEPUNG
Nak buat untuk menjual pun tiada masalah sebab min belum jumpa lagi ada yang buat jualan jejari roti ni. mungkin sebab ia mudah untuk dibuat, jadi sesiapa sahaja boleh buat di rumah masing-masing. Buat aktiviti dengan anak-anak pun sesuai.
Portion hidangan: 2-3 orang makan.
Bahan-Bahan:
- Roti Buku (nak guna roti apa pun boleh)
- Tepung bestari (nak guna spicy atau original pun boleh)
Cara-Caranya:
- Mula-mula sekali, potong roti kepada bentuk jejari. Ikut kita nak saiz Panjang mana. Buat sedang-sedang supaya mudah anak-anak nak makan.
- Seterusnya, masukkan sedikit tepung bestari ke dalam mangkuk. Tuang sedikit air dan bancuh sampai sebati.
- Jangan terlalu likat dan jangan terlalu cair.
- Ambil pinggan dan tuang sedikit tepung bestari yang kering.
- Panaskan minyak dalam kuali. Ambil roti, celupkan dalam bancuhan tepung kemudian golekkan ke dalam pinggang. Pastikan setiap sudut bersalut.
- Masukkan dalam kuali dan goreng sampai kekuningan. Buat sampai habis roti .
- Dah nampak bertukar warna gold tu, angkat dan toskan.
- Hidangkan bersama sos cili dan mayonis jika suka.
Sesekali nak buat untuk berkelah, atau kumpul dengan family makan ramai-ramai boleh lah jimat sikit. Buat jejari roti bersalut tepung ni je bagi menggantikan kentang goreng. Apa yang penting semua orang suka.
Sumber: Yusreena Said Yusz. Via Myresipi
Sumber -Rencah Rasa.
Post a Comment