Cantik & Sedap, Puding Sagu Pelangi Mudah Ni Hanya Guna 5 Bahan

Cantik & Sedap, Puding Sagu Pelangi Mudah Ni Hanya Guna 5 Bahan

Puding Sagu Pelangi ni nampak sangat cantik. Malah rasanya juga sedap. Pasti ramai yang suka menikmatinya. Lebih mengujakan, resepi perkongsian Opah Mas Cotek ini juga sangat mudah disediakan.

Cantik & Sedap, Puding Sagu Pelangi Mudah Ni Hanya Guna 5 Bahan


Bahan-bahan yang digunakan sangat mudah diperolehi malah tidak banyak. Sesuai sangat buat untuk hidangan keluarga. Malah boleh juga dijadikan bahan jualan untuk menambahkan pendapatan. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.

BACA JUGA:Resepi Puding Coklat Milo Yang Kurang Manis, Tekstur Pun Lebih Lembut!

RESEPI PUDING SAGU PELANGI MUDAH & SEDAP


BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan sagu
  • 20gm serbuk agar-agar
  • 1 ½ cawan gula
  • 1 liter air
  • 1 tin susu cair
  • 2 helai daun pandan


CARA MEMASAK:

1.Sagu direndam selama 2 jam. Kemudian rebus sehingga jernih.

2.Tapis dan basuh sagu di bawah air paip.

3. Bahagikan sagu kepada 6 bahagian. 3 bahagian diwarnakan ikut warna pilihan masing-masing.


4. Satukan air, gula, serbuk agar-agar dan daun pandan. Masak hingga mendidih.

5. Masukkan susu cair. Kacau dan padamkan api.

6. Ambil 200ml larutan agar-agar tadi dan masukkan 1 bahagian sagu tanpa warna.


7. Tuang ke dalam acuan atau loyang. Biarkan sejuk kemudian kelarkan permukaannya menggunakan garpu.

8. Ambil lagi 200ml larutan agar-agar. Tuang ke dalam 1 bahagian sagu berwarna.

9. Tuang ke dalam acuan berisi lapisan pertama tadi. Sejukkan kemudian kelar permukaannya.

10. Ulang langkah yang sama hingga semua sagu habis digunakan.

11. Sejukkan puding di dalam peti sejuk sebelum dinikmati.


NOTA: Jika mahu cepat, masukkan setiap lapisan di dalam peti sejuk supaya cepat mengeras.

Sumber: Mas Cotek  Via Rasa




Sumber -Rencah Rasa.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post