Resepi Puding Coklat Milo Yang Kurang Manis, Tekstur Pun Lebih Lembut!

Resepi Puding Coklat Milo Yang Kurang Manis, Tekstur Pun Lebih Lembut!

Tiada idea nak bawa apa untuk jamuan sekolah anak? Jom cuba buat Puding Coklat Milo yang mudah dan semestinya sedap ini.

Resepi Puding Coklat Milo Yang Kurang Manis, Tekstur Pun Lebih Lembut!



Resepi hasil perkongsian oleh Muhammad Ali ini sesuai untuk anak-anak kerana olahannya tidak manis dan tekstur lebih lembut.

BACA JUGA:Patutlah Ramai Share Puding Milo Oreo Ni. Memang Sedap!

RESEPI PUDING COKLAT MILO

Bahan-Bahan Lapisan Oreo:

  • 10 gram agar-agar tali
  • 4 cawan air
  • 50g gula
  • 120g susu cair
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • Oreo yang dipatahkan

Cara-Cara Buat Lapisan Oreo:

1. Dalam periuk, masukkan 10 gram agar2 tali dan 4 cawan air. Biarkan ia mendidih guna api perlahan sahaja. Dah mendidih baru masukkan 50g gula. Kacau sebati.

2. Tuangkan 120g susu cair yang sudah dikacau sebati dengan 1 biji telur gred A, kacau sebati. Biarkan mendidih selama 1 hingga 2 minit. Bila dah mendidih, tutup api.

3. Masukkan 1 sudu kecil essen vanila.

4. Tunggu suam dalam 5 hingga 6 minit. Baru dituang ke dalam loyang.



5. Bila dah siap tuang, letakkan oreo yang sudah dipatahkan. Terpulang nak letak banyak mana.


6. Biarkan pada suhu bilik selama 15 minit sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

Bahan-Bahan Lapisan Milo:

  • 8g agar2 tali
  • 60g gula
  • 2 sudu makan susu pekat
  • 100g milo
  • 100g susu cair
  • Secubit garam

Cara-Cara Buat Lapisan Milo:

1. Dalam periuk, masukkan 8g agar2 tali dan 3 cawan air. Biarkan mendidih.

2. Bila dah mendidih, masukkan 60g gula. Kacau sehingga larut. Masukkan pula 2 sudu makan susu pekat.

3. Seterusnya masukkan 100g milo dan 100g susu cair. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih 1 hingga 2 minit. D

4. Bila dah mendidih, tutup api dan tambah secubit garam. Kacau dan biarkan suam dalam 5 hingga 6 minit.

5. Keluarkan lapisan oreo tadi, cucuk dengan garfu supaya lapisan melekat.


6. Tuangkan lapisan oreo tadi secara perlahan-lahan. Biarkan di luar selama 40 minit baru sejukkan dalam peti ais selama 3 hingga 4 jam.


7. Selepas 4 jam, puding sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!


Kredit: Muhammad Ali Via Myresipi




Sumber -Rencah Rasa.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post