Cara Buat Lontong Yang Sedap ‘Padu’, Tak Puas Hirup Kuah Sampai Licin!

Cara Buat Lontong Yang Sedap ‘Padu’, Tak Puas Hirup Kuah Sampai Licin!

Siapa suka makan lontong? Mudah saja rupanya nak buat lontong yang sedap. Confirm tak puas makan kalau ikut resepi yang dikongsi oleh Fatimah Saari di bawah.

Cara Buat Lontong Yang Sedap ‘Padu’, Tak Puas Hirup Kuah Sampai Licin!


Sesuai masak untuk dimakan pada pagi hari raya. Satu keluarga pasti suka, selamat mencuba ya!

BACA JUGA:Anak Asyik Ulang Makan, Resepi Nasi Daging Ni Memang Berbaloi Dicuba

RESEPI LONTONG YANG SEDAP


Bahan-bahan A:

  • Bawang merah 7 ulas
  • Serai 2 batang
  • Lengkuas 2 hiris nipis
  • Halia 2 hiris nipis
  • Udang kering 2 sb
  • Ikan bilis segenggam
  • Buah keras 1 biji
  • Kunyit hidup besar ibu jari

Bahan-bahan Lain:

  • Udang segar
  • Kubis
  • Kacang panjang
  • Carrot
  • Kentang
  • Soohun & fucuk
  • Bahan perasa
  • Santan kotak



Cara-Cara Penyediaannya:

  1. Kisar hancur semua bahan-bahan A. Satukan dalam periuk bersama santan dan air.
  2. Masak sehingga mendidih dan masukkan sayuran yang keras terlebih dahulu seperti kentang dan carrot.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  4. Masukkan baki sayuran yang lain beserta udang.
  5. Bila sayur dah agak lembut, boleh tutup api.

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS

Bahan-Bahan:

  • Bawang besar 3 biji
  • Bawang besar 1 biji dimayang
  • Cili kering siap kisar 3 senduk nasi
  • Daun pandan
  • Ikan bilis 2 genggam
  • Air asam jawa sedikit
  • Garam
  • Gula

Cara-Cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang yang sudah siap dikisar dan mayang bersaman daun pandan.
  2. Bila warna dah agak kekuningan, masukkan cili kisar serta gula dan air asam.
  3. Tumis sehingga sambal bertukar warna sedikit gelap.
  4. Masukkan ikan bilis dan perasakan dengan garam serta gula.

Siap untuk dihidangkan bersama nasi impit dan telur rebus.


Kredit: Fatimah Saari Via Myresipi




Sumber - Rencah Rasa.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post