Nak Bihun Goreng Kosong Nampak Cantik dan Berkilat, Boleh Ikut Tip Yatie Kitchen Ni

Nak Bihun Goreng Kosong Nampak Cantik dan Berkilat, Boleh Ikut Tip Yatie Kitchen Ni

Siapa sahaja tidak menggemari bihun goreng, kalau kena caranya memang boleh bertambah makan. Kalau nak bihun yang dimasak nampak cantik dan berkilat walaupun kosong boleh ikut tip yang dikongsi oleh Yatie Kitchen ini.

Nak Bihun Goreng Kosong Nampak Cantik dan Berkilat, Boleh Ikut Tip Yatie Kitchen Ni


Rahsianya masukkan kicap dalam tumisan. Kicap yang dicampur dengan minyak, menjadikan bihun akan elok berkilat, jangan tuang kicap pada bihun di akhir sekali, nanti bila digaul bihun jadi tidak sekata warnanya.

BACA JUGA:Resepi Spaghetti Ni Paling Ramai Suka, Dikongsikan Daripada Yang ‘Otai’ Memasak!

Selain itu untuk mengelakkan bihun agar tidak hancur, semasa gaul bihun tu gunalah pengepit.

Sangat mudah disediakan, cepat dan sangat sedap. Jadi jom mencubanya sendiri.

Bihun Goreng Kosong

Bahan Bahan:

  • 1 pek bihun
  • 3 biji telur
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • Kicap manis secukupnya
  • Sedikit serbuk lada putih
  • 3 sudu cili kisar
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • Mushroom seasoning
  • Garam secukup rasa


Bahan Tumbuk:

  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Segenggam udang kering

Nak-Bihun-Goreng-Kosong-Nampak-Cantik-da

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan goreng telur separuh masak dan ketepikan di kuali.

2. Dalam kuali sama, tumis bahan tumbuk hingga wangi.

3. Masukkan cili kisar, masak hingga agak garing.

4. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato dan kacau rata.

5. Kemudian masukkan kicap manis, mushroom seasoning dan garam secukup rasa. Gaul sebati.

6. Masukkan bihun dan kacau rata bersama telur yang diketepikan tadi. Taburkan lada putih.Gunakan pengepit untuk ratakan bihun dan agar bihun tidak terputus. Taburkan daun bawang sebelum dihidangkan.

Kredit: Yatiekitchen Via Rasa




Sumber - Rencah Rasa.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post