Hidangan masak lemak siput sedut memang kegemaran ramai, cuma ramai yang memilih makan restoren dari memasaknya sendiri. Ini kerana sebelum dimasak, siput ini perlu dibersihkan dengan betul, jika tidak mungkin akan ada rasa pahit, rasa lumpur dan berlendir.
dibersihkan dengan betul, jika tidak mungkin akan ada rasa pahit, rasa lumpur dan berlendir.
Tapi bagi yang kali pertama mahu cuba menyediakan sendiri lauk ini boleh gunakan cara dan petua yang dikongsi oleh Intan Suraya Haron untuk membersihkan siput sedut. Paling penting katanya kena sediakan hampas kelapa.
BACA JUGA:Teknik Cuci Tingkap Cermin Nako Supaya Bersih Berkilat, Banyak Lagi Rumah Guna Tingkap Jenis Ini
Petua cuci siput sedut sebelum masak lemak
1) Masukkan siput sedut dalam periuk. Gaulkan siput sedut ini dengan hampas kelapa dan biar semalaman. Siput ini tak perlu basuh.
INFO: Bila sudah digaul dengan hampas kelapa siput ini akan muntahkan segala kotoran, lumpur dan lendir yang ada. Siput akan jadi bersih dan bila buat gulai rasanya pun lebih sedap. Kuah juga akan elok cantik.
2) Selepas gaul dengan hampas kelapa jangan lupa tutup dengan penapis rapat-rapat. Boleh tindih dengan lesung batu.
3) Esoknya sebelum cuci, kerat hujung siput tapi pastikan jangan terlalu pendek nanti susah disedut. Boleh kerat menggunakan cutter.
4) Selepas itu cuci bersih dan boleh terus dimasak. Jika ada daun pucuk ubi, semasa mencuci siput boleh sental supaya kekotoran di badannya senang tanggal. Jika tiada gunakan span basuh pinggan saja.
5) Dah dibersihkan bolehlah buat masak lemak cili api.
Selamat mencuba.
Sumber: Intan Suraya Haron
Sumber -
Post a Comment