Masih banyak kediaman yang menggunakan tingkap cermin nako seperti ini. Cermin jenis ini tak dinafikan mudah berkumpul habuk dan untuk membersihkannya satu tugas yang agak mencabar kerana mengambil masa yang agak lama.
BACA JUGA:Cara mudah potong sisi tayar, boleh buat bekas tanaman untuk bercucuk tanam
Satu lagi untuk membersihkan tingkap ini juga perlu dilakukan berhati-hati supaya tidak tercedera terkena hujung tingkap cermin yang agak tajam.
Supaya cermin tingkap bersih berkilat boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Zaza Zalina ini.
Katanya untuk membersihkan tingkap jenis ini kena ada kesabaran tenang dan gembira untuk melaksanakannya. Ini kerana jika dibuat tergesa-gesa boleh menyebabkan kecederaan.
Cara cuci tingkap cermin nako
Jelas Zaza Zalina tingkap ini sebaiknya dibersihkan 6 bulan sekali atau apabila tingkap sudah kotor. Boleh gunakan bahan dan cara berikut untuk membersihkannya.
1. Sediakan kain pengelap, sabun cuci pinggan dan air. Sediakan sekali minyak mesin yang serbaguna untuk diletak pada cermin nako supaya mudah buka dan tutup.
2. Basahkan kain lap dan picitkan sedikit sabun
3. Boleh mulakan kerja membersih, setiap kali kain lap kotor ia perlu dibilas dan lap lagi. Semuanya perlu dilap termasuk bingkai besi dan grill jugak perlu disental bersih.
4. Selepas siap kesemuanya picitkan sedikit minyak mesin di bahagian besi supaya tingkap mudah dibuka dan ditutup selain dari elakkan ia dari berkarat.
Jika tiada guna minyak masak pun boleh.
Siap, hasilnya cermin berkilat. Bingkai besi pun bersih.
Sumber:
Sumber -Vanilla Kismis.
Post a Comment