Resipi Rendang Ayam Pencen Cili Hijau, Sukatan Untuk Masak 5 Ekor Ayam Sekaligus

Resipi Rendang Ayam Pencen Cili Hijau, Sukatan Untuk Masak 5 Ekor Ayam Sekaligus

Hari pertama puasa pastinya kita mahu menyediakan hidangan yang enak-enak. Malah ramai akan memasaknya dengan kuantiti lebih untuk disedekahkan kepada jiran atau memanggil keluarga berkumpul berbuka bersama.

Resipi Rendang Ayam Pencen Cili Hijau, Sukatan Untuk Masak 5 Ekor Ayam Sekaligus


Antara juadah yang menarik untuk kita sediakan esok hari adalah rendang ayam pencen cili hijau. Boleh ikut terus resipi yang dikongsi oleh Nazri Mat Zain kerana sukatannya untuk lima ekor ayam.

BACA JUGA:Buttermilk Chicken Simple Guna Tepung Bestari

Bahan-bahan
5 ekor ayam pencen -dibersihkan

1 1/2kg santan pekat
400g kerisik
Sebiji gula Melaka
Garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa

Bahan kisar
10 biji bawang besar
2 labu bawang putih
15 batang serai
100g lengkuas
150g halia
6 biji Buah keras
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
2 sudu besar ketumbar
200g kunyit hidup
300g cili akar/cili padi
300g cili hijau





 

 

 


Cara membuat:

1. Bahan yang siap dikisar terus masukkan ke dalam kuali yang berisi ayam. Kacau

2. Guna api perlahan, masak hingga mereneh sambil-sambil kacau dalam sejam.

3. Selepas itu itu masukkan santan pekat, kerisik, gula Melaka, garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa.

4. Sekiranya minyak tidak kelihatan (jika gunakan santan kotak)  masukkan minyak masak supaya rendang nampak berminyak.

5. Bila ayam sudah lembut masukkan daun kunyit yang telah diracik halus. Kacau rata dan tutup api.

Resipi Rendang Ayam Pencen Cili Hijau, Sukatan Untuk Masak 5 Ekor Ayam Sekaligus

 

Rendang ini dimasak dengan api perlahan selama 4 jam supaya betul-betul lembut daging ayam.

Semoga bermanfaat pada semua.

Sumber:Nazri Mat Zain



Sumber -Rasa

 ________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post