Resipi Bancuhan Tepung Kacang Botak Yang Rangup & Sedap.

Resipi Bancuhan Tepung Kacang Botak Yang Rangup & Sedap.

Suka makan Kacang Botak? Ha…Jom belajar buat tepung salutan untuk snek kudapan ni. Sangat mudah dan ringkas. Kalau beli, sikit je dapat.

Resipi Bancuhan Tepung Kacang Botak Yang Rangup & Sedap.


Nah..cuba buat sendiri menggunakan resipi perkongsian saudara Are Peace ni. Memang sedap. Sekali buat, memang dapat banyak. Jom cuba.

BACA JUGA:Tip Buat Cekodok Pisang Jadi Bulat Cantik

RESIPI KACANG BOTAK SEDAP & MUDAH


BAHAN-BAHAN:

400gm kacang tanah 
5 ulas bawang putih – ditumbuk
1 sudu makan serbuk cili 
2 sudu makan gula
3 sudu teh garam
2 biji telur
1 sudu teh aji
1 kiub ikan bilis ( kalau suka perasa tomyam boleh diganti dengan kiub tomyam)
5 sudu makan tepung gandum 
1 sudu makan tepung beras Resipi Bancuhan Tepung Kacang Botak Yang Rangup & Sedap.



CARA MEMASAK:

1. Bersihkan kacang tanah tapi jangan basuh terlalu lama. Lepas basuh, terus keringkan. Jemur bawah matahari sampai kering. (saya keringkan dalam ketuhar je sekejap)

2. Campur semua bahan yang disediakan (kecuali tepung) di dalam bekas dan gaul sebati.


3. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung beras. Gaul sampai sebati dan kacang bersalut sepenuhnya.


4. Panaskan minyak dan goreng kacang dengan api sederhana.

5. Pastikan kacang menjadi keperangan tetapi tidak terlebih garing.

6. Semasa menggoreng, buih-buih di atas minyak akan terbentuk. Lepas masukan kacang, terus kacau tanpa berhenti untuk elakan kacang dari melekat.

7. Setelah kacang kelihatan masak, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.


Kredit resipi & fotoAre Peace




Sumber -Rasa

 ________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post