Kuih Onde Onde atau Buah Melaka adalah salah satu kuih tradisional yang digemari ramai terutamanya bila tiba bulan puasa.
BACA JUGA:Resipi Kuih Kasturi Sedap, Kulit Rangup Tak Liat Bila Sejuk
RESIPI KUIH ONDE ONDE @ BUAH MELAKA

BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung pulut
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 cawan atau lebih air daun pandan + sedikit pewarna hijau
- Seketul gula melaka – potong dadu
- Sedikit garam
- 1/2 biji kelapa parut ditambah sedikit garam

CARA MEMASAK:
1.Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam di dalam satu bekas.
2.Tuang air pandan tadi sedikit demi sedikit sambil menguli adunan tadi.
3.Uli hingga adunan sebati dan tidak melekat di tangan dan boleh dibulat- bulatkan.

4.Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
5.Letakkan gula melaka di bahagian tengah dan bulat-bulatkan.

6.Bulatkan adunan tadi hingga habis dan susun di dalam dulang yang ditabur sedikit tepung gandum.

7.Didihkan air di dalam periuk. Masukkan kuih ke dalam air yang sedang mendidih.
8.Biarkan sehingga kuih tadi timbul di permukaan air seketika kemudian bolehlah diangkat dan ditoskan airnya.
9.Selepas itu golekkan kuih tadi di atas kelapa parut. Sedia untuk dinikmati.
TIP: Kelapa dikukus seketika untuk bagi tahan lama supaya kuih tidak cepat basi.
Kredit resipi & foto: Ayza Nur
Sumber -
Post a Comment