Petua Berkesan Cuci Siput Sedut, Hilang Segala Lumpur & Lendir. Rasa Pun Lebih Manis!

Petua Berkesan Cuci Siput Sedut, Hilang Segala Lumpur & Lendir. Rasa Pun Lebih Manis!

Siput Sedut antara makanan kegemaran bagi sesetengah masyarakat, lebih-lebih lagi jika dimasak gulai lemak cili api.

Petua Berkesan Cuci Siput Sedut, Hilang Segala Lumpur & Lendir. Rasa Pun Lebih Manis!


Siput sedut hidup jika tidak dibasuh dengan bersih akan mempengaruhi rasa masakan yang akan disediakan. Kerana siput sedut kebiasaanya berlumpur dan berlendir.

BACA JUGA:Daun Pokok Kunyit Kuning & Kering, Guna Tip Ini Untuk Rawat Supaya Kembali Hijau & Subur



Jadi jika ada penggemar siput sedut, petua membersihkan siput sedut ini pasti dapat membantu anda. Dengan mengggunakan hampas kelapa, siput sedut akan menjadi bersih dari segala lumpur dan lendir. Bahkan rasa siput sedut pun akan menjadi lebih manis.

Ini petua yang dikongsikan oleh Intan Suraya Haron. Menurutnya, petua turun temurun ini memang berkesan dan ramai yang masih guna sampai sekarang. Mari ikuti perkongisan beliau dibawah ini.

PETUA BERKESAN CUCI SIPUT SEDUT, HILANG SEGALA LUMPUR DAN LENDIR.

Assalammualaikum, tadi nampak ada yang bertanya pasal siput sedut, kebetulan masak siput arini, bolrh la share tips. Saya pun jarang masak, sebab tak brapa rajin, kerjanya agak remeh.. tapi sedap bila dah masak & anak-anak semua suka makan.. maka terpaksa la rajinkan diri.

 


1. Gaulkan siput yang masih hidup dengan hampas kelapa, biar semalaman. Supaya siput tu muntahkan segala kekotoran dalam badan dia. (Santannya simpan untuk masak gulai)

 


2. Tutup dengan penapis berjaring macam ni supaya siput tak mati. Tindihkan dengan lesung batu.


Pagi ni, siput masih hidup, tapi hampas tu dah jadi hitam, sebab siput dah muntahkan segala isi perut dia.





3. Kerat hujung siput, jangan pendek sangat nanti susah nak sedut. Saya kerat guna cutter.

4. Cuci bersih dan boleh la terus dimasak. Kalau ada daun pucuk ubi, tonyok pada siput semasa dicuci supaya kekotoran pada badan senang ditanggal. Kalau tak ada, sental saja dengan span cuci pinggan,

5. Sedia untuk dimasak masak lemak cili api. Saya guna resipi biasa saja. Tumbuk cili api, kunyit hidup, serai dan daun kunyit. Kalau ada keladi lagi sedap. Renehkan sekejap, terus masukkan siput dan kacau jangan bagi pecah minyak. Agak-agak dah menggelegak 3 kali, boleh tutup api. Sedia untuk dihidang.

Saya lawankan dengan kerisi goreng, sambal tempoyak & ulam-ulam. Memang kelautan dalam la diet hari ni. Selamat Mencuba!


Sumber/Foto : Intan Suraya Haron Via Viral Malaysia Ku




Sumber -Rencah Rasa.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post